Kata Hikmah Abu Bakar Al Warraq Rahimahullah
Harus mengetahui bahwa nafsu tidaklah mencampuri sesuatu
melainkan ia merosakkannya. Jika nafsu mencampuri ilmu, maka ia mengeluarkan
bid’ah dan kesesatan, pelakunya menjadi kelompok orang yang mengikuti nafsu.
Jika nafsu mencampuri zuhud, maka ia mengeluarkan pelakunya kepada riya’ dan
menyalahi sunnah. Jika nafsu mencampuri hukum, maka ia mengeluarkan pelakunya
kepada kezaliman dan menghalangi kebenaran. Jika nafsu mencampuri pembahagian,
maka mengeluarkan pembahagian itu kepada ketidakadilan dan kebohongan. Jika
nafsu mencampuri ibadah, maka ibadah itu akan keluar dari ketaatan dan taqarub.
Jadi, selagi nafsu mencampuri sesuatu, maka ia akan merosaknya”.
Kata Mutiara Sayidina Abu Bakar
Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan
perkara:
*Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir.
*Syukur perhiasan kepada nikmat.
*Sabar perhiasan kepada bala.
*Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
*Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.
*Merendah diri perhiasan kepada orang yang
bercakap.
*Meninggalkan riyak perhiasan kepada
kebaikan.
*Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.
Pesanan Sayidina Uthman Bin Affan R.A
Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:
a. Hatinya
berserta takut dan harap.
b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.
c. Matanya berserta malu melihat perkara yang
dilarang dan banyak menangis.
d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan
bertujuan menuntut keredhaan Allah.
Kata-kata Mutiara Sayidina Uthman Bin Affan
Empat
perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:
a.
Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.
Kata Hikmah Sayidina Ali K.W
"Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.
Kata Mutiara Sayidina Ali
"Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat.
Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan".
Kata Mutiara Sayidina Ali
"Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat.
Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan".
Kata Hikmah : Imam Junaid Al-Baghdadi Rahimahullah
"Empat hal yang dapat
mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya
sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti
yang baik. Itulah kesempurnaan iman".
Kata-kata Hikmah Sheikh Abdul Qadir Al Jailani
1. Apabila kamu bertemu dengan seseorang,maka lihatlah kelebihan
yang ada padanya.Dan engkau katakanlah kepada dirimu
sendiri,"Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku
dan semoga Allah mengangkat darjatnya."
2. Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda daripada engkau,
katakanlah," Dia belum menderhaka kepada Allah.Maka tidak ragu lagi dia
lebih baik daripada aku."
3. Sekiranya dia adalah seorang
yang lebih tua daripada engkau,maka katakanlah," Dia adalah orang yang
lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku."
4. Sekiranya dia adalah orang
alim,maka katakanlah," Dia telah diberikan oleh Allah apa yang aku tidak
perolehi dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu."
5. Sekiranya dia adalah seorang
yang jahil,maka katakanlah," Dia adalah orang yang menderhaka kepada Allah
kerana kejahilannya. Sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan
akumengetahui bagaimanakah kesudahanku dan kesudahannya. "
6. Sekiranya dia adalah seorang
yang kafir,maka katakanlah," Aku tidak tahu,mungkin akhirnya dia dia
memeluk Islam dan mati dalam keadaan Husnul Khatimah dan mungkin aku jadi kafir
dan mati dalam keadaan Suul Khatimah.
Kata Hikmah Syeikh Al-Fudhail Bin ‘Iyadh Rahimahullah
“Wahai orang yang malang,
engkau berbuat buruk sementara engkau memandang dirimu sebagai orang yang
berbuat kebaikan. Engkau adalah orang yang bodoh sementara engkau justeru
menilai dirimu sebagai orang berilmu. Engkau bakhil sementara itu engkau
mengira dirimu orang yang pemurah. Engkau dungu sementara itu engkau melihat
dirimu cerdas. Ajalmu sangatlah pendek, sedangkan angan-anganmu sangatlah
panjang.”
Syeikh Ibrahim bin Adham Rahimahullah pernah mengingatkan kepada
penduduk Baghdad yangg bermaksud : Hati manusia akan tertutup dgn tiga (3)
keadaan iaitu bergembira, berdukacita & berbangga.
1. Andainya kamu terlalu suka dengan apa yang kau ada, maka kamu
akan menjadi bakhil dan bakhil adalah dilarang.
2. Apabila kamu berdukacita dengan kehilangan sesuatu, kamu akan
menjadi orang yang tidak redha, orang ini akan diseksa.
3. Apabila kamu menerima pujian,
kamu akan berbangga. Sifat ini akan merosakkan amalan.
Kata Hikmah Syeikh Abdullah Bin Alwi Al Haddad Rahimahullah
“Kebanyakan orang jika ditimpa musibah penyakit atau lainnya,
mereka tabah dan sabar, mereka sedar bahawa itu adalah qadha dan qadar Allah
SWT. Tetapi jika diganggu orang, mereka sangat marah. Mereka lupa bahwa
gangguan-gangguan itu sebenarnya juga qadha dan qadar Allah SWT, mereka lupa
bahwa sesungguhnya Allah SWT hendak menguji dan menyucikan jiwa mereka".
0 komentar:
Post a Comment